Isu dan kontroversi Mohamed_Nasir

Akta Kemajuan Petroleum 1974

Pada tahun 1975, perjanjian telah ditandatangai antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas Kerajaan Kelantan diwakili oleh Menteri Besar, Mohamed Nasir dan Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), kerajaan negeri akan mendapat royalti dalam bentuk tunai sebanyak 5 % manakala pihak kerajaan persekutuan Malaysia akan mendapat royalti 5%. Kerajaan Kelantan memberi hak kepada Petronas untuk melakukan kerja-kerja mencarigali minyak pertroleum yang berada di kawasan daratan dan juga di lautan. Pada tahun 2009-2010, royalti minyak Kelantan menjadi isu besar kerana kerajaan persekutuan hanya setuju membayar wang ihsan melalui JPP, bukan royalti yang berbentuk wang tunai.

Mageran Kelantan 1978

Oktober 1977 merupakan kemuncak ramai pemimpin PAS tidak setuju penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. PAS menang 22 kerusi dan UMNO menang 13 kerusi. Mohd Asri bin Haji Muda adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir. Antara sebabnya ialah Datuk Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Pada November 1977 darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan menyingkirkan PAS dari BN. Datuk Muhammad Nasir pada tahun 1977 menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) setelah dipecat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS mengusulkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar. Cadangan PAS itu ditolak dan satu pilihan raya negeri dipanggil pada Mac 1978. Di dalam pilihan raya kecil Kelantan 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. Keputusannya, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru (1978 - 1990).